Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia semua teman-teman N yang dikasihi..
Hari ini, N nak berkongsi satu entry mengenai sakit kepala. Baru N taw, rupa-rupanya para wanita paling ramai menghidapi penyakit pening kepala yang berlarutan ni. Kekadang bagi kita mungkin perkara biasa, tapi ada juga yang memberi kejutan di kemudian hari. Apa salahnya kita bersedia lebih awal kan kan? hik hik...Ini N lampirkan sekali faktor-faktor penting yang perlu kita ketahui sebagai asas....
Selamat Membaca~~
Wanita mudah kena sakit kepala
MEMPUNYAI personaliti ceria dan selalu tersenyum bukan saja disenangi ramai, tetapi ia juga antara rahsia utama yang boleh mengelakkan seseorang daripada mengalami sakit kepala.
Semua orang pernah sakit kepala dan kajian mendapati masalah ini lebih kerap berlaku di kalangan individu yang mudah tertekan, cepat risau dan berasa marah walaupun disebabkan perkara kecil.
Inilah yang menyebabkan ramai orang, terutama wanita, mudah mendapat sakit kepala. Kajian komuniti yang dijalankan tahun lalu mendapati, insiden sakit kepala berlaku pada kadar satu kes bagi enam wanita berbanding satu kes bagi setiap 18 lelaki.
Maknanya kadar wanita mendapat sakit kepala adalah tiga kali lebih tinggi berbanding lelaki. Insiden sakit kepala lebih tinggi bagi kumpulan antara 15 hingga 65 tahun, iaitu dalam lingkungan umur produktif bekerja.
Kajian epidemiologi yang dijalankan di beberapa tempat di seluruh dunia mendapati, insiden migrain berlaku pada kadar 12 hingga 18 peratus daripada jumlah penduduk.
Pun begitu, masalah sakit kepala tidak boleh dipandang ringan kerana ia antara punca utama cuti sakit di seluruh dunia.

Lima faktor ini ialah:
1. Psikologi — Tertekan, keresahan, marah, pertukaran kerja, kemurungan, kejutan, terlalu gembira, terlalu letih, risau dan cuti.
2. Pemakanan — Tidak makan, berdiet, jadual makan tidak menentu dan jenis makanan seperti coklat, keju, makanan bergoreng, limau, wain merah, monosodium glutamat dan kafein.
3. Fizikal — Membongkok, kurang tidur, bekerja mengikut syif, perjalanan jauh yang melewati zon waktu (menyebabkan jet-lag), bangun lewat, perubahan cuaca dan mandi air panas.
4. Fisiologi — Haid, makan pil perancang, bunyi atau bau yang terlalu kuat dan tajam, merokok serta kesan pil tidur.
5. Optik — Cahaya terlalu terang, silau dan terlalu lama menatap skrin komputer atau menonton televisyen.

Perlu diingat, semua ubat yang dimakan hanya boleh diguna dengan arahan doktor. Pun begitu, tidak semua sakit kepala memerlukan ubat kerana ia boleh dikawal dan dielakkan melalui beberapa perubahan iaitu amalan gaya hidup sihat, kerap bersenam dan menjaga pemakanan.
“Jika mampu bertahan, tidak perlu ambil sebarang ubat. Jalani kehidupan yang kurang tekanan. Paling penting, cari pendekatan yang boleh memberikan ketenangan jiwa dan fikiran, sama ada dengan mendekatkan diri pada agama supaya kita lebih kuat menangani cabaran hidup,” katanya.

Jom kita sama-sama jaga kesihatan diri kita yea. Bila da dapat ilmu, baru la kita tahu tahap kesihatan diri kita di mana... hik hik....at least dapat juga kekuatan berjumpa dengan doktor bagi yang tak suka jumpa doktor tuu... Even entry ni pun, N dapat dari pandangan salah satu doktor dalam web ini. Terima kasih yea...
Take care everyone, and have a beautiful life!!
Wassalam..
No comments:
Post a Comment