Assalamualaikum teman-teman,
Lama N menghilang kan? Sorry, N sekeluarga bercuti ke Cameron Highland baru-baru ni. so tak dapat nak post apa-apa. Papepun, banyak pengalaman yang N dapat kat sana. Even, sampai la kat hari yang terakhir kami sempat posing lagi..hik hik hik Cuma kenangan "hari terakhir" tu tak dapat N lupakan sebab N sakit teruk, maybe sebab jalan jauh...kecian kat family tak dapat nak enjoy kat air terjun sana. N pening2, loya2, dan muntah teruk....then bila balik ni teringin pulak nak wat entry tentang sakit2 nih...
Entry ni sebenarnya N terbaca dari salah seorang teman blog yang pada masa tuu menunggu kelahiran si kecil (asasnya bakal bergelar ayah lew....tahniah ye! ) Isterinya mengalami alahan teruk sampaikan masuk wad kecemasan. Bila N tgok gambar2 tuu pun N rasa kecian yang teramat sangat, sampai macam tuu yea. Wayar berselirat kat sana sini...maybe sebab da terlalu lemah kot. Mudah-mudahan baby and si ibu selamat la yea. OK, ini N sertakan tips-tips if sesiapa yang mengalami alahan semasa hamil. Ini bukan sahaja bagi wanita hamil, malah sesiapa yang mengalami muntah2 berterusan pun boleh amalkannya. Kepada para suami, lebih baik jika anda mengetahui info ini....senang pada kemudian hari...
Selamat Mencuba~~
Tips-tips alahan
- makan benda ringan seperti roti...mudah hadam dan kenyang.
-kalau rasa lapar makan lagi.Jangan sampai lapar balik..sebab asid akan menyebabkan kita muntah.Kalau perut kita kosong kita akan muntah cecair kuning yang pekat dan pahit.Tu mungkin akibat tindakbalas asid dalam perut.(jangan panik)
-Cari minuman yang sesuai untuk kita minum selalu.Cth: ribena,sunkist,goodday orange
Ada orang yang tak boleh minum lansung minuman yang selalu diminum.Macam aku yang tak teransang lansung dengan teh tarik,milo,teh'o.Masa tu kita akan dapati semuanya menjijikkan.
- makan yogurt untuk tindakbalas perut yang baik.kalau tak suka yogurt senang je..bekukan yogurt tu dan makan.Dia akan rasa macam sorbet ice-cream.
- kalau give-up dengan ubat tahan muntah tak payah makan.
- kadang-kadang lepas kita makan something perut kita akan rasa tak sedap dan kita rasa macam makanan tu stuck in the middle.Kita rasa mual nak muntah..seolah-olah makanan tu tak turun ke perut untuk dihadam.Sapu minyak dan berehat.Kalau muntah pun bagus kita akan rasa sangat lega.
- Jangan takut dengan muntah walaupun memang memenatkan asyik muntah je.Tapi kadang-kadang lepas muntah kita lega ya amat.Perut pun selesa.
- Jangan makan asam,mangga muda kalau perut betul-betul kosong.Angin akan tendang balik makanan tu keluar.Alas perut dulu dengan makanan seperti roti.
- Makan spirulina.ni tips yang paling efektif lah.Selain sifatnya yang alkali dan boleh neutralizekan asid perut..anak anda pun dapat khasiatnya. 2 in 1.
- Dan...hero of the day ialah....'Minyak Cap Kapak'.Sentiasa lumur ke perut..hidung dan kepala kalau rasa tak selesa.Cuba berehat dan tidur.
- Elakkan makanan berkuah,bersup sebab akan rasa mual dan bila muntah kita akan rasa trauma.huhu. Cth: tomyam,sup ekor,maggi kari
- Jangan makan jeruk.very asidic. terlalu tajam untuk first 3 months.
- Jangan minum air tebu dan air kelapa. (first 3 months)
- Jangan minum air gas..kalau mengidam buang gas dulu dan minum buat rasa jek bukan sampai kenyang.
Betul ke semua ni?? N cuma harapkan yang terbaik, semoga sume pembaca blog N selalu berada dalam keadaan sihat walafiat. Sama-sama la kita mendoakan kesihatan para isteri serta diri kita sendiri....Amin..
Wassalam...
Kalo hamil baru 8-9 mgu, xpe x minum ribena?
ReplyDeleteKalo hamil baru 8-9 mgu, xpe x minum ribena?
ReplyDelete