Assalamualaikum....rakan-rakan blog N..
Sometimes, kita tiba-tiba saja terasa loya dan termuntah terutamanya ketika mengharungi perjalanan yang jauh. Kepala terasa berdenyut-denyut dan mata berpinar-pinar. Mabuk perjalananlah namanya, banyak cara yang dilakukan oleh orang tua-tua untuk menghilangkan mabuk. Antara yang paling mujarab ialah kulit limau purut dan limau nipis. Mencium baunya saja sudah dapat menghilangkan tekak yang loya dan kepala yang berat. Kalau hendak cepat merasai kesannya boleh juga cuba beberapa petua ini. Ada juga orang kata, ia adalah disebabkan pewut kosong..mungkin kot. Pepun, ketiganya punyai kaitan...hik hik
LOYA DAN MUNTAH
Petua ringkas dan mudah untuk menghilangkan loya dan muntah.
1)Jus limau nipis - untuk menghilangkan loya dan muntah dengan cepat cuba minum satu cawan air yang dicampur dengan dua sudu kecil jus limau nipis, setengah sudu kecil gula dan satu perempat sudu kecil soda penaik.
2)Bawang besar - ambil satu labu bawang besar diparut untuk mendapatkan jusnya (dua sudu kecil jus bawang) campurkan dengan dua sudu kecil halia yang diparut. Makan campuran itu untuk menghilangkan loya dengan cepat.
3)Kulit kayu manis - ambil setengah sudu kecil serbuk kayu manis kemudian campurkan dengan satu cawan air panas dan diminum untuk menghilangkan loya. Jangan ambil jika anda mengandung.
PERUT TIDAK SELESA
Bila makan banyak sangat dan bermacam-macam jenis ada kalanya perut menjadi tidak selesa, sebu, memulas dan kadang-kadang kembung. Untuk melegakannya bolehlah cuba petua ringkas ini.
PERUT TIDAK SELESA
Bila makan banyak sangat dan bermacam-macam jenis ada kalanya perut menjadi tidak selesa, sebu, memulas dan kadang-kadang kembung. Untuk melegakannya bolehlah cuba petua ringkas ini.
1)Halia adalah penawar yang paling mujarab untuk menghilangkan loya dan perut penuh angin. Halia membantu makanan masuk ke dalam saluran penghadaman secara perlahan dan memberikan nutrisi diserap oleh tubuh. Minum teh halia adalah cara paling baik untuk menghilangkan ketidakselesaan perut. Caranya rendam halia yang ditumbuk halus bersama air panas kemudian diminum.
2)Daun pudina - cara menyediakan teh pudina mudah saja, iaitu campurkan tujuh helai daun pudina bersama secawan air panas. Rendam selama
10 minit dan bolehlah diminum. Ulangi sebanyak tiga kali sehari, minum sewaktu perut kosong.
3)Jintan hitam - campurkan satu sudu kecil jintan hitam bersama satu cawan air panas biarkan selama 10 minit dan diminum. Pastikan minum semasa
perut kosong.
SENYUM SELALU!! |
Ok....So far N da taw macam mana nak mengatasi ketiganya, tapi biasalah N rasa malas je nak wat bila dah kena kan? hehehe... Walaupun, entry ni kata "halia" lagi mujarab...tapi N still prefer "air limau nipis" tuu sebab N memang suka num air limau. hik hik... Ayaikss...N tak suka halia..uweks..
Bagi yang boleh num halia tu, num la yea....semoga kekal sihat.
No comments:
Post a Comment