MY name

Monday, February 21, 2011

Tertekan -Tekanan Darah Rendah-

Assalamualaikum teman-teman blog N. Hmmm....hari ini N dapat taw ade jugak orang yang mengalami penyakit tekanan darah rendah. Ingatkan darah tinggi aje. N pun salah seorang juga, sebab tuu baru taw. Then, baru laa teringin nak taw lebih lanjut ape tu darah rendah ek? Nape selalu muntah-muntah and pening?  Mari kita ikuti artikel ini....Hik hik ^_^

Penyakit Darah Rendah (Hipotensi)

Penyakit darah rendah atau Hipotensi (Hypotension) adalah suatu keadaan dimana tekanan darah seseorang turun dibawah angka normal, iaitu mencapai nilai rendah 90/60 mmHg. Telah dijelaskan pada artikel sebelumnya (Penyakit darah tinggi) bahwa nilai normal tekanan darah seseorang dengan ukuran tinggi badan, berat badan, tingkat aktifitas normal dan kesehatan secara umum adalah 120/80 mmHG.

Namun demikian, beberapa orang mungkin memiliki nilai tekanan darah (tensi) berkisar 110/90 mmHg atau bahkan 100/80 mmHg akan tetapi mereka tidak/belum atau jarang menampakkan beberapa keluhan berarti, sehingga hal itu dirasakan biasa saja dalam aktivitas kesehariannya. Apabila kondisi itu terus berlanjut, didukung dengan beberapa faktor yang memungkinkan memicu menurunnya tekanan darah yang signifikan seperti keringat dan berkemih banyak namun kurang minum, kurang tidur atau kurang istirahat (lelah dengan aktivitas berlebihan) serta haid dengan perdarahan berlebihan (abnormal) maka tekanan darah akan mencapai ambang rendah (hipotensi) 90/60 mmHg. 

Tanda dan Gejala Tekanan Darah Rendah
Penyebab Penyakit Darah Rendah
 
Seseorang yang mengalami tekanan darah rendah umumnya akan mengeluhkan keadaan sering pusing, sering menguap, penglihatan terkadang dirasakan kurang jelas (kunang-kunang) terutama sehabis duduk lama lalu berjalan, keringat dingin, merasa cepat lelah tak bertenaga, bahkan mengalami pingsan yang berulang.

Pada pemeriksaan secara umum detak/denyut nadi terasa lemah, penderita tampak pucat, hal ini disebabkan  darah yang tidak maksimum keseluruh jaringan tubuh.


Ada beberapa faktor yang menyebabkan mengapa terjadinya penurunan tensi darah, hal ini dapat dikategorikan sebagai berikut:
 
1. Kurangnya pemompaan darah dari jantung. Semakin banyak darah yang dipompa dari jantung setiap menitnya (cardiac output, curah jantung), semakin tinggi tekanan darah. Seseorang yang memiliki kelainan/penyakit jantung yang mengakibatkan irama jantung abnormal, kerusakan atau kelainan fungsi otot jantung, penyakit katup jantung maka berdampak pada berkurangnya pemompaan darah (curah jantung) keseluruh organ tubuh.
 
2. Volume (jumlah) darah berkurang. Hal ini dapat disebabkan oleh perdarahan yang hebat (luka sobek,haid berlebihan/abnormal), diare yang tak cepat teratasi, keringat berlebihan, buang air kecil atau berkemih berlebihan.
 
3. Kapasitas pembuluh darah.
Penanganan dan Pengubatan Darah Rendah
Pelebaran pembuluh darah (dilatasi) menyebabkan menurunnya tekanan darah, hal ini biasanya sebagai dampak dari syok septik, pemaparan oleh panas, diare, obat-obat vasodilator (nitrat, penghambat kalsium, penghambat ACE).

Ada beberapa hal yang bisa dilakukan untuk memperbaiki kondisi tekanan darah renda (hipotensi), diantaranya :
 
JOM MINUM AIR!
1. Minum air putih dalam jumlah yang cukup banyak antara 8 hingga 10 gelas per hari, sesekali minum kopi agar memacu peningkatan degup jantung sehingga tekanan darah akan meningkat

2. Mengkonsumsi makanan yang cukup mengandung kadar garam

3. Berolah raga teratur seperti berjalan pagi selama 30 menit, minimal 3x seminggu dapat membantu mengurangi timbulnya gejala

4. Pada wanita dianjurkan untuk mengenakan stocking yang elastis

5. Pemberian obat-obatan (meningkatkan darah) hanya dilakukan apabila gejala hipotensi yang dirasakan benar-benar mengganggu aktivitas keseharian, selain itu dokter hanya akan memberikan vitamin (suport/placebo) serta beberapa saran yang dapat dilakukan bagi penderita.

Mengenai image masyarakat yang sebahagian besar berpikir bahwa dengan mengkonsumsi daging kambing bagi penderita hipotensi dapat meningkatkan tensi darah sebenarnya belum jelas, Namun dibenarkan kalau hal itu akan meningkatkan kandungan haemoglobin (Hb) dalam darah. Sekali lagi harus dipahami bahwa tekanan darah rendah artinya suplai darah tidak maksimal keseluruh bagian tubuh. Haemoglobin (Hb) rendah adalah bererti bahawa kandungan Hb sebagai zat pengikat oxygen dalam darah memiliki kadar rendah yang akibatnya penderita bisa pucat (anemia), pusing (oxygen yang di angkut darah ke otak kurang), merasa cepat lelah dan sebagainya.

Dalam kasus Hipotensi yang benar-benar diperlukan pemberian ubat, biasanya ada beberapa jenis obat yang biasa dipakai seperti fludrocortisone, midodrine, pyridostigmine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), caffeine dan erythropoietin.
Sihat Selalu yea...SENYUM ~~

Aduh.....gastrik lagi nih..

Sakitnya.....Gastrik
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis). Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.
Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
 
* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
 
1. Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah). Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik.
 
2. Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa) berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

Rawatan

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

1. Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari
 
2. Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
 
3. Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang. Oleh itu, tak perlulah ambil ubat. Membazir aje...hmm

 Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :

1. Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
 
2. Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
 
3. Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
 
4. Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
 
5. Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
 
6. Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
 
7. Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
 
8. Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing.



Hari ni, adik N yang disayangi tetiba je disahkan doktor, ada gastrik. Hmm, byk juga doktor tu bagi nasihat. Haaa...sekarang ape lagi? Jagalah pemakanan bg yang ada gastrik tuu. Yang sihat pulak, teruskan jaga kesihatan kita yea.  Num susu dutch lady ni je dah boleh elakkan sakit gastrik. Sedap lak tuh...hehehe. Semoga semua pembaca blog N selalu sihat sejahtera yea. Pupye... ^_^

Wednesday, February 16, 2011

Mabuk? Loya? Kembung Perut?? Aduh...

Assalamualaikum....rakan-rakan blog N.. 

Sometimes, kita tiba-tiba saja terasa loya dan termuntah terutamanya ketika mengharungi perjalanan yang jauh. Kepala terasa berdenyut-denyut dan mata berpinar-pinar. Mabuk perjalananlah namanya, banyak cara yang dilakukan oleh orang tua-tua untuk menghilangkan mabuk. Antara yang paling mujarab ialah kulit limau purut dan limau nipis. Mencium baunya saja sudah dapat menghilangkan tekak yang loya dan kepala yang berat. Kalau hendak cepat merasai kesannya boleh juga cuba beberapa petua ini. Ada juga orang kata, ia adalah disebabkan pewut kosong..mungkin kot. Pepun, ketiganya punyai kaitan...hik hik

LOYA DAN MUNTAH

Petua ringkas dan mudah untuk menghilangkan loya dan muntah.
 
1)Jus limau nipis - untuk menghilangkan loya dan muntah dengan cepat cuba minum satu cawan air yang dicampur dengan dua sudu kecil jus limau nipis, setengah sudu kecil gula dan satu perempat sudu kecil soda penaik. 

2)Bawang besar - ambil satu labu bawang besar diparut untuk mendapatkan jusnya (dua sudu kecil jus bawang) campurkan dengan dua sudu kecil halia yang diparut. Makan campuran itu untuk menghilangkan loya dengan cepat.

3)Kulit kayu manis - ambil setengah sudu kecil serbuk kayu manis kemudian campurkan dengan satu cawan air panas dan diminum untuk menghilangkan loya. Jangan ambil jika anda mengandung.

PERUT TIDAK SELESA

Bila makan banyak sangat dan bermacam-macam jenis ada kalanya perut menjadi tidak selesa, sebu, memulas dan kadang-kadang kembung. Untuk melegakannya bolehlah cuba petua ringkas ini. 

1)Halia adalah penawar yang paling mujarab untuk menghilangkan loya dan perut penuh angin. Halia membantu makanan masuk ke dalam saluran penghadaman secara perlahan dan memberikan nutrisi diserap oleh tubuh. Minum teh halia adalah cara paling baik untuk menghilangkan ketidakselesaan perut. Caranya rendam halia yang ditumbuk halus bersama air panas kemudian diminum. 

2)Daun pudina - cara menyediakan teh pudina mudah saja, iaitu campurkan tujuh helai daun pudina bersama secawan air panas. Rendam selama
10 minit dan bolehlah diminum. Ulangi sebanyak tiga kali sehari, minum sewaktu perut kosong. 

3)Jintan hitam - campurkan satu sudu kecil jintan hitam bersama satu cawan air panas biarkan selama 10 minit dan diminum. Pastikan minum semasa
perut kosong. 

SENYUM SELALU!!

       Ok....So far N da taw macam mana nak mengatasi ketiganya, tapi biasalah N rasa malas je nak wat bila dah kena kan? hehehe... Walaupun, entry ni kata "halia" lagi mujarab...tapi N still prefer "air limau nipis" tuu sebab N memang suka num air limau. hik hik... Ayaikss...N tak suka halia..uweks..
Bagi yang boleh num halia tu, num la yea....semoga kekal sihat.  

 

Senggugut.....

Assalamualaikum semua....bercerita lagi N pada hari ini yea. Hmm...haa entry ni khas buat wanita. Sudah sedia maklum, tiap wanita pasti akan mengalami sakit ini...tapi sesungguhnya ia bukanlah sejenis penyakit. Itu yang seorang ustaz dan ustazah bagitaw. Even, hal ini telah pun dibincangkan secara terbuka di dalam Wanita Hari Ini, kalo tak cilap. hik hik.. 

Memang sakit kan? Hmm...sape yang penah rasa jelah yang tahu... But so far, ada juga wanita yang tidak mengalaminya. Mungkin hormon mereka kuat kot. hik hik... Tapi pada wanita yang selalu merasa sakit ketika haid, marilah kita sama-sama membaca artikel ini...



SENGGUGUT
        Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Untuk anak remaja keadaan ini digelar ‘ primary spasmodic dysmenorrhea’ dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Di dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian. 

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”. Kesakitan ini berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid.

Ramai di kalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’.Ini menyebabkan sakit seperti sengugut tetapi apa yang menyebabkan ia terjadi tidaklah sama seperti sebab sakit senggugut yang biasa.

Gadis-gadis yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit/analgesic seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain lain. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandungi hormon ‘ 'Norethisterone’.

Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan oleh penyakit dan ketumbuhan dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’,fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor Pakar Sakitpuan. Kebanyakan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, pendarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. 

BAGAIMANA HERBA BOLEH MEMBANTU PESAKIT SENGGUGUT?

Teh pahit tanpa gula dikatakan dapat meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung khabarnya dapat mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudan sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid. Ada pula yang mengamalkan pengambilan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus.Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam seminggu sebelum kedatangan haid.Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu, caranya jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.

Macam mana? Membantu tak? Hmm...kita try la yea.. 

Thursday, February 10, 2011

Masalah Kembung Perut ( angin )

Assalamualaikum semua...dan Salam 1 Malaysia... 

Hmmm....hari ni secara tiba-tiba rasa sakit sangat perut ni. Aduh....!!
Entah nape sakit kat bahagian atas abdomen ni, rupanya kembung perut la pulak, macuk angin. N minta la akak urut, tapi rerasa nak muntah lak. hmmm... Then, mak suruh minum Eno, bila da minum rasa lega tapi sendawa jew... nak kuarkan angin tu balik la nih... Bagi yang tak suke num Eno Halia macam N, boleh la try Eno lemon...cedap!! (boleh la tahan) hik hik hik

N ter pikir2, nape la tetiba leh kembung perut ye? Tu yang N gi selidik kat laman kesihatan. Harapan N, info ini boleh beri manfaat pada anda... 

Pengenalan
Kembung perut adalah reaksi angin dalam perut. Ia terjadi apabila badan bertindak mengeluarkan angin berlebihan yang terhasil daripada minuman dan menelan makanan bersama air liur. Kembung perut adakala boleh memalukan. Tetapi ia masalah biasa yang boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Secara purata kebanyakan manusia melepaskan gas 15 kali hingga 40 kali setiap hari.
 
Diagnosis
Angin adalah kesan lebihan gas di dalam usus dan ia bukanlah penyebab utama yang perlu diambil kira. Walau bagaimanapun sekiranya angin ini diikuti dengan gejala lain, anda mungkin perlu bertemu dengan anggota kesihatan, kemungkinan gejala tersebut adalah kesan daripada situasi yang tidak di diagnosa. Walaupun kebanyakan kes kembung tidak merbahaya, ia boleh merupakan gejala ketidakhadaman makanan seperti gastroenteritis(cirit birit) atau irritable bowel syndrome(IBS)(cirit birit yang berterusan). Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti sakit perut, najis berdarah, najis berwarna pucat
dari kebiasaan dan susah untuk membuang air, sembelit dan/atau kehilangan berat badan, silaberjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian dignosa yang lebih lanjut.
 
Dari segi perubatan keadaan yang menyebabkan kembung perut adalah:
• irritable bowel syndrome (IBS), " gastroenteritis,
• diverticulosis atau diverticulitis, "
• penyakit seliak (coeliac disease) "
• ketidakhadaman
 
Tanda dan Gejala
Kembung perut yang berlebihan boleh diikuti oleh gejala lain yang disebabkan gas isi perut.
• Sendawa – Gas dilepaskan melalui mulut dengan tindakan refleks secara tiba tiba. Keadaan ini berlaku apabila perut dipenuhi dengan angin berlebihan yang biasanya daripada pemakanan, minuman atau merokok.
Kembung – perut anda terasa sangat penuh membuatkan anda terasa untuk sendawa. Ini biasanya berlaku apabila memakan makanan berat yang memerlukan masa yang panjang untuk proses pencernaan
Perut meragam – berlaku apabila perut bertindak balas dengan cepat , menyebabkan isi perut bergerak ke depan dan belakang. Boleh berlaku apabila anda lapar dan juga boleh terjadi apabila anda murung dan juga berdebar debar.


Komplikasi
1. Malu untuk bersosial
2. Terlalu merendah diri
 
Rawatan
Kembung perut biasanya dirawat dengan rawatan pemakanan. Pengubahsuaian cara hidup dan juga ubatan tanpa preskripsi doktor juga adakala boleh membantu. Penyelesaian tidak sama untuk setiap orang, namun dengan cubaan demi cubaan kebanyakan pesakit akan menemui cara penyembuhan yang sesuai. Ubat tanpa preskripsi doktor( boleh dibeli di kedai-kedai ubat). Sesetengah ubat dapat membantu , anda boleh mencuba:
1. Suplemen Laktosa : sekiranya anda mengalami masalah penghadaman laktosa, enzim laktosa boleh diambil untuk membantu mencernakan laktosa . Anda juga boleh mencuba produk tenusu tanpa laktosa yang terdapat di kebanyakan kedai dan pasaraya.
2. Simethicone : mencuba semithicone yang terdapat di kedai ubat dan farmasi dapat membantu memecahkan gelembung gas dan sendawa yang berterusan,
3. Activated charcoal : Pil charcoal juga boleh membantu, anda boleh mengambilnya sebelum dan selepas makan dan boleh didapati di kedai ubat dan sebagainya.
 
Pencegahan
Ukuran Pemakanan
Mengubah amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan jumlah gas yang dihasilkan oleh badan atau membantu mengeluarkan gas dengan lebih cepat melalui sistem anda.
• Cuba kenalpasti dan gelakkan makanan yang memberi kesan besar kepada anda. Kebanyakan orang tidak dapat menerima makanan seperti kacang, bawang, brokoli, bunga kobis, asparagus, buah pir, epal, buah pic, prun, gula gula tanpa gula, dan gula-gula getah, roti gandum, bijiran bran, bir, soda dan minuman berkarbonat, susu, krim, aiskrim, dan susu ais.
• Mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung terhasil daripada
makanan berlemak. Lemak melambatkan proses pencernaan dan meningkatkan rasa perut yang penuh.
• Mengurangkan pengambilan makanan tinggi serat seperti sayuran dan buah
sementara waktu . Sekiranya anda mengambil suplemen serat, cuba kurangkan
jumlah pengambilan dan ambil semula dengan keadaan beransur ansur. Pastikan suplemen serat diambil bersama sekurang kurangnya 8 auns air dan minum air lebih sepanjang hari.
• Mengurangkan penggunaan produk tenusu harian anda. Cuba menggunakan produk tenusu berlaktosa rendah seperti yogurt. selain susu. Mengambil susu dalam jumlah yang rendah pada satu satu masa atau mengambil susu dengan makanan lain juga memudahkan proses penghadaman. Ada sesetangah kes memerlukan anda untuk terus berhenti dari mengambil produk tenusu.
• Cubalah secawan teh pudina. Minyak pudina mengandungi menthol, yang
mempunyai antispasmodic. Anda akan dapati rasa panas secawan teh pudina akan memberikan penyembuhan daripada gas dan kesakitan berpunca dari gas. Dalam hal lain, pudina boleh menyebabkan pedih ulu hati dan tindak balas asid.
 
Pengubahsuaian Cara Hidup
• Cubalah jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan kerap daripada dua tiga kali jumlah yang besar.
• Makan perlahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya susah, perlahankan cara dengan meletakkan sudu dan garfu diantara setiap suapan.
• Elakkan gula gula getah, gula gula keras dan meminum menggunakan straw. Aktiviti ini boleh menyebabkan anda menelan jumlah air yang banyak.
• Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dan perlahan lahan. Makan ketika dalam keadaan tertekan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut.
• Periksa gigi palsu anda. Kedudukan gigi palsu yang longgar boleh menyebabkan udara berlebihan tertelan semasa makan dan minum.
• Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan.

So far, itu sahajalah info nye..Harap-harap dapat ler manfaat walaupun cikit. Semoga sihat2 selalu...Amin... Senyum selalu pun dapat jadikan kita kekal ceria dan awet muda... Senyum la yea...



Wassalam...

Monday, February 7, 2011

Sakit Kepala Bagi Wanita

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia semua teman-teman N yang dikasihi..

Hari ini, N nak berkongsi satu entry mengenai sakit kepala. Baru N taw, rupa-rupanya para wanita paling ramai menghidapi penyakit pening kepala yang berlarutan ni. Kekadang bagi kita mungkin perkara biasa, tapi ada juga yang memberi kejutan di kemudian hari. Apa salahnya kita bersedia lebih awal kan kan? hik hik...Ini N lampirkan sekali faktor-faktor penting yang perlu kita ketahui sebagai asas.... 

Selamat Membaca~~
 
Wanita mudah kena sakit kepala

MEMPUNYAI personaliti ceria dan selalu tersenyum bukan saja disenangi ramai, tetapi ia juga antara rahsia utama yang boleh mengelakkan seseorang daripada mengalami sakit kepala.

Semua orang pernah sakit kepala dan kajian mendapati masalah ini lebih kerap berlaku di kalangan individu yang mudah tertekan, cepat risau dan berasa marah walaupun disebabkan perkara kecil.

Inilah yang menyebabkan ramai orang, terutama wanita, mudah mendapat sakit kepala. Kajian komuniti yang dijalankan tahun lalu mendapati, insiden sakit kepala berlaku pada kadar satu kes bagi enam wanita berbanding satu kes bagi setiap 18 lelaki.

Maknanya kadar wanita mendapat sakit kepala adalah tiga kali lebih tinggi berbanding lelaki. Insiden sakit kepala lebih tinggi bagi kumpulan antara 15 hingga 65 tahun, iaitu dalam lingkungan umur produktif bekerja.

Kajian epidemiologi yang dijalankan di beberapa tempat di seluruh dunia mendapati, insiden migrain berlaku pada kadar 12 hingga 18 peratus daripada jumlah penduduk.

Pun begitu, masalah sakit kepala tidak boleh dipandang ringan kerana ia antara punca utama cuti sakit di seluruh dunia.

Lima faktor ini ialah:

1. Psikologi — Tertekan, keresahan, marah, pertukaran kerja, kemurungan, kejutan, terlalu gembira, terlalu letih, risau dan cuti.

2. Pemakanan — Tidak makan, berdiet, jadual makan tidak menentu dan jenis makanan seperti coklat, keju, makanan bergoreng, limau, wain merah, monosodium glutamat dan kafein.

3. Fizikal — Membongkok, kurang tidur, bekerja mengikut syif, perjalanan jauh yang melewati zon waktu (menyebabkan jet-lag), bangun lewat, perubahan cuaca dan mandi air panas.

4. Fisiologi — Haid, makan pil perancang, bunyi atau bau yang terlalu kuat dan tajam, merokok serta kesan pil tidur.

5. Optik — Cahaya terlalu terang, silau dan terlalu lama menatap skrin komputer atau menonton televisyen.

Perlu diingat, semua ubat yang dimakan hanya boleh diguna dengan arahan doktor. Pun begitu, tidak semua sakit kepala memerlukan ubat kerana ia boleh dikawal dan dielakkan melalui beberapa perubahan iaitu amalan gaya hidup sihat, kerap bersenam dan menjaga pemakanan.

“Jika mampu bertahan, tidak perlu ambil sebarang ubat. Jalani kehidupan yang kurang tekanan. Paling penting, cari pendekatan yang boleh memberikan ketenangan jiwa dan fikiran, sama ada dengan mendekatkan diri pada agama supaya kita lebih kuat menangani cabaran hidup,” katanya.
 

Jom kita sama-sama jaga kesihatan diri kita yea. Bila da dapat ilmu, baru la kita tahu tahap kesihatan diri kita di mana... hik hik....at least dapat juga kekuatan berjumpa dengan doktor bagi yang tak suka jumpa doktor tuu... Even entry ni pun, N dapat dari pandangan salah satu doktor dalam web ini. Terima kasih yea... 

Take care everyone, and have a beautiful life!! 

Wassalam.. 

Sakit Alahan Wanita Hamil....

Assalamualaikum teman-teman,
Lama N menghilang kan? Sorry, N sekeluarga bercuti ke Cameron Highland baru-baru ni. so tak dapat nak post apa-apa. Papepun, banyak pengalaman yang N dapat kat sana. Even, sampai la kat hari yang terakhir kami sempat posing lagi..hik hik hik  Cuma kenangan "hari terakhir" tu tak dapat N lupakan sebab N sakit teruk, maybe sebab jalan jauh...kecian kat family tak dapat nak enjoy kat air terjun sana. N pening2, loya2, dan muntah teruk....then bila balik ni teringin pulak nak wat entry tentang sakit2 nih...
Entry ni sebenarnya N terbaca dari salah seorang teman blog yang pada masa tuu menunggu kelahiran si kecil (asasnya bakal bergelar ayah lew....tahniah ye! ) Isterinya mengalami alahan teruk sampaikan masuk wad kecemasan. Bila N tgok gambar2 tuu pun N rasa kecian yang teramat sangat, sampai macam tuu yea. Wayar berselirat kat sana sini...maybe sebab da terlalu lemah kot. Mudah-mudahan baby and si ibu selamat la yea. OK, ini N sertakan tips-tips if sesiapa yang mengalami alahan semasa hamil. Ini bukan sahaja bagi wanita hamil, malah sesiapa yang mengalami muntah2 berterusan pun boleh amalkannya. Kepada para suami, lebih baik jika anda mengetahui info ini....senang pada kemudian hari...
Selamat Mencuba~~

Tips-tips alahan


- makan benda ringan seperti roti...mudah hadam dan kenyang.


-kalau rasa lapar makan lagi.Jangan sampai lapar balik..sebab asid akan menyebabkan kita muntah.Kalau perut kita kosong kita akan muntah cecair kuning yang pekat dan pahit.Tu mungkin akibat tindakbalas asid dalam perut.(jangan panik)


-Cari minuman yang sesuai untuk kita minum selalu.Cth: ribena,sunkist,goodday orange
Ada orang yang tak boleh minum lansung minuman yang selalu diminum.Macam aku yang tak teransang lansung dengan teh tarik,milo,teh'o.Masa tu kita akan dapati semuanya menjijikkan.


- makan yogurt untuk tindakbalas perut yang baik.kalau tak suka yogurt senang je..bekukan yogurt tu dan makan.Dia akan rasa macam sorbet ice-cream.


- kalau give-up dengan ubat tahan muntah tak payah makan.


- kadang-kadang lepas kita makan something perut kita akan rasa tak sedap dan kita rasa macam makanan tu stuck in the middle.Kita rasa mual nak muntah..seolah-olah makanan tu tak turun ke perut untuk dihadam.Sapu minyak dan berehat.Kalau muntah pun bagus kita akan rasa sangat lega.


- Jangan takut dengan muntah walaupun memang memenatkan asyik muntah je.Tapi kadang-kadang lepas muntah kita lega ya amat.Perut pun selesa.


- Jangan makan asam,mangga muda kalau perut betul-betul kosong.Angin akan tendang balik makanan tu keluar.Alas perut dulu dengan makanan seperti roti.


- Makan spirulina.ni tips yang paling efektif lah.Selain sifatnya yang alkali dan boleh neutralizekan asid perut..anak anda pun dapat khasiatnya. 2 in 1.


- Dan...hero of the day ialah....'Minyak Cap Kapak'.Sentiasa lumur ke perut..hidung dan kepala kalau rasa tak selesa.Cuba berehat dan tidur.


- Elakkan makanan berkuah,bersup sebab akan rasa mual dan bila muntah kita akan rasa trauma.huhu. Cth: tomyam,sup ekor,maggi kari


- Jangan makan jeruk.very asidic. terlalu tajam untuk first 3 months.


- Jangan minum air tebu dan air kelapa. (first 3 months)


- Jangan minum air gas..kalau mengidam buang gas dulu dan minum buat rasa jek bukan sampai kenyang.

Betul ke semua ni?? N cuma harapkan yang terbaik, semoga sume pembaca blog N selalu berada  dalam keadaan sihat walafiat. Sama-sama la kita mendoakan kesihatan para isteri serta diri kita sendiri....Amin..
Wassalam...