MY name

Monday, August 8, 2011

Sayangnya Allah pd Wanita

Assalamualaikum sume ^^ pe kaba arini? Harapan N sume nye cihat di samping yg tersayang. N terbaca artikel ni, dan nak kongsi bersama tentang lelaki dan wanita. Ia juga membuktikan betapa sayangnya Allah swt kepada wanita. Tak bermakna Allah swt tidak menyayangi lelaki, cuma ade hikmah di sebalik nya. Mari kita sama2 renungkan yea ^^

Mengenali Lelaki Dan Perempuan

Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-


Lelaki


1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.


2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !


3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !


4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


Wanita


1. - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.


2. - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.


3. - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.


4. - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.


5. - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


6. - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).


7. - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.


8. - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah- sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap

4 wanita ini:

Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu


Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj:


Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).


Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?


Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu datangnya dari diri N sendiri. N hanya berkongsikan mana yang N rasakan sesuai....mekacih.. jumpa lagi nnt .

Wassalam 

Wednesday, August 3, 2011

Tips gembirakan hati yang sedih

Assalamualaikum rakan blog N... dalam pada bulan pose ni kesedihan melanda la pulak. Tapi normal lah seorang manusia mengalami perasaan ni. Hidup ni kan ade sedih, gembira, mcm2 lg. Di sini, N bukan nak kongsi sebab ape N sedih..tapi nak kongsi camne nak hilangkan rasa sedih. So far, info ini agak praktikal. Boleh la cuba yea, and harapan N sume rakan blog N gembira slalu.. Jom kita baca sesame~

      Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi Payid boleh jamin cara yang Payid kongsikan ni, sebelum Payid menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, Payid kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, Payid gabungkan dengan cara Payid sendiri.
Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda. Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya. Selain itu, kita boleh amalkan doa permulaan untuk hari itu pada setiap hari, dengan harapan kita dapat mengatasi or menghadapi segala cabaran yang mendatang.

Insyallah, selamat motivasi diri yea ^_^

Monday, August 1, 2011

Hukum Wanita Haid Masuk Masjid, Potong kuku & Rambut



Assalamualaikum rakan2 blog N....apa kaba? hari ni da masuk hari ke2 kita berpuasa tahun 2011'....sume pose tak? hehe mcm la leh jawab... N terjumpa persoalan ni dalam artikel, teringin nak kongsi....jom!

Assalamu’alaikum wr.wb.
Saya pernah mendengar bahwa wanita haidh, nifas, atau junub, dilarang masuk masjid. Tapi ada rakan saya yang tegas mengatakan bahwa hal itu hukumnya boleh. Lalu saya tanyakan kepada salah satu guru agama yang mengajar di sebuah majelis ta’lim, ia juga mengatakan boleh.
Hingga saat ini, terus terang, saya masih penasaran untuk mendapatkan keterangan tentang larangan akan hal itu. Tapi, alhamdulillah, sejak awal tahun 2009 di majalah alkisah ada rubrik fiqhun nisa’, dan kebetulan ada pembahasan yang sangat saya perlukan itu. Saya pun menjadi semakin yakin dengan yang selama ini saya telah yakini.
Kemudian saya punya pertanyaan, apa betul wanita haidh atau nifas dilarang memotong kuku dan rambut, hingga bahkan rambut yang putus pun harus dikimpulkan dan         dimandikan ketika mandi janabat? Terima kasih, semoga Antum selalu dalam lindungan Allah SWT. Amin……

Wassalamu’alaikum wr.wb.
 Irma Aljufri
Blok Kaum No. 225, Kalijati Barat,
Subang,41271


Wa’alaikumussalam wr.wb
Memang benar yang anti dengar dari ustad tersebut bahwasanya menurut pendapat sebagian imam madzhab, seperti imam Ahmad bin Hanbal RA dan juga Madzhab Imam Dawud Azh-Zhahiri RA, diperbolehkan seorang wanita yang sedang haidh, nifas, atau junub, masuk ke dalam masjid. Tapi itu bukan pendapat Madzhab yang kita anut, yaitu Madzhab Imam Syafi’i RA.
Dalam kapasitas kita sebagai muqallid (orang yang bertalqid/mengikuti madzhab tertentu ), kita wajib konsisten mengikuti pendapat madzhab yang kita anut dan tidak diperkenankan mencampuradukkan pendapat para imam madzhab. Sebagaimana dalam pembahasan pada edisi yang telah lewat, dala madzhab kita, yaitu Madzhab Imam Syafi’I, seorang wanita haidh, nifas, atau junub, tidak diperbolehkan masuk kedalam masjid.
Kita memang dibebaskan untuk mengikuti salah satu madzhab dari empat madzhab fiqih Ahlussunah wal jama’ah. Tapi, kita tidak diperbolehkan mentalfik, yaitu mengikuti sebagian pendapat seorang imam dan mengambil bagian pendapat imam lainnya, alias mengambil yang enak-enak saja, sesuai dengan selera kita. Berdasarkan kesepakatan para ulama, hal itu tidak diperbolehkan, kecuali dalam masalah –masalah tertentu dalam madzhab kita di mana dalam mengerjakannya kita merasakan sempit atau berat.
Contoh dalam hal itu misalnya ketika melaksanakan thawaf. Jika kita mengambil pendapat madzhab kita yang menyatakan bahwa batalnya wudhu jika tersentuh kulit perempuan yang bukan mahram, akan sulit bagi kita untuk menerapkannya dalam ibadah haji, yang diikuti oleh begitu banyak orang pada saat itu dan jauhnya tempat untuk berwudhu. Dalam kondisi seperti itu diperkenankan berpindah kepada madhzab lainnya, dengan catatan memenuhi beberapa persyaratan sebagaimana yang disebutkan dalam kitab Bughyatul Mustarsyidin, karya habib Abdurrahman Al-Mayshur.
Pertama, harus memahami dengan jelas masalah tersebut dalam madhzab yang sedang dianut, baik syarat-syaratnya, maupun hal-hal lainnya.
Kedua, tidak mengambil pendapat yang lebih memudahkan baginya dari madzhab-madzhab yang empat.
Ketiga, tidak mencampur -adukkan hukum, pada satu masalah, di antara beberapa pendapat imam madzhab. Misalnya seseorang yang berwudhu dengan mengikuti tata cara wudhu madzhab Imam Syafi’I, kemudian ia mengikuti madzhab Imam Malik, yang menyatakan wudhunya tidak batal saat bersentuhan kulit dengan seorang wanita yang bukan mahram. Akibatnya dalam kondisi seperti itu, menurut madzhab Imam Syafi’I, wudhunya batal (karena bersentuhan kulit dengan perempuan bukan mahram), dan menurut madzhab Imam Malik wudhunya dianggap tidak sah, karena dalam madzhab Maliki seseorang yang berwudhu harus mengusap semua bagian kepala dan rambutnya, harus menekan setiap kali membasuh anggota wudhu, serta harus melakukan Muwalah (berturut-turut tidak diselingi kegiatan yang lain) ketika berwudhu, dan ini tidak dipersyaratkan dalam tata cara wudhu dalam madzhab Imam Syafi’i. Jadi kesimpulannya, jika tidak mau wudhunya batal dengan mengikuti madzhab Imam Malik, tata cara wudhunya pun harus dengan tata cara wudhu dalam madzhab Imam Malik.
Keempat, masalah yang untuk sementara waktu ia sedang bertaqlid kepada pendapat madzhab lainnya itu bukan masalah yang membatalkan keputusan seorang hakim.
Adapun masalah MEMOTONG RAMBUT DAN KUKU KETIKA SEDANG HAID ATAU JUNUB, memang sebaiknya dipotongnya setelah suci dari haid atau junubnya. Tetapi kalau ada sesuatu keperluan yang memaksa, hukum memotong pada saat itu tidak mengapa dan tidak perlu disimpan untuk nantinya disucikan bersamaan ketika mandi suci. Memang ada sebuah Hadits berisikan ancaman bagi mereka yang tidak menyucikan bagian anggota badannya ketika bersuci seperti disebutkan di bawah ini :



 عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اَللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ مَنْ تَرَكَ مَوْضِعَ شَعْرَةٍ مِنْ جَنَابَةٍ لَمْ يُصِبْهَا الْمَاءُ فَعَلَ اللهُ بِهِ كَذَا وَ كَذَا مِنَ النَّارِ , قَالَ عَلِيٌّ فَمِنْ ثُمَّ عَادَيْتُ شَعْرِي , وَكَانَ يُجْزِيْهِ ( رَوَاهُ اَحْمَدُ وَ اَبُو دَاوُدَ )

Berkata Sayyidina Ali RA, “Aku mendengar Rasulullah bersabda, ‘Barang siapa meninggalkan satu tempat dari rambutnya hingga tidak terkena air ketika mandi dari janabah, Allah akan memberinya siksaan sedemikian rupa dalam neraka.’
Maka Berkata Imam Ali, “Mulai saat itu aku gunduli kepalaku, lantaran takut ancaman tersebut.” (HR Ahmad dan Abu Dawud ).

Akan Tetapi hadis tersebut tidak diambil sebagai dalil oleh Imam Syafi’i RA. Jadi hukumnya tidak apa-apa memotong kuku atau rambut pada waktu haidh atau junub, hanya saja memang lebih baik mengakhirkannya hingga ia suci dari haidh atau junubnya.
Semoga penjelasan ini dapat membuka wawasan beragama kita, sehingga kita tidak menjadi seorang yang fanatik dengan Madzhab kita dengan meremehkan atau bahkan menyalahkan Madzhab lainnya. (betul betul betul) ^^



*Sumber : Majalah Al-Kisah, pertanyaan tersebut dijawab oleh Ustadz Segaf bin Hasan Baharun